Sunday, February 8, 2009

Dari meja editor.

Dengan Nama ALah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.
Bersyukur kepada ALlah kerana masih lagi diberikan olehNya meniqmati udara segar di bumi Malaysia ini.Kita baru saja melepasi satu bulan menyambut dan merayakan sambutan dua tahun baru,iaitu tahun baru Hijrah dan tahun baru Masihi.

Harapan untuk kita semua semoga dalam tahun baru ini kita sentiasa dalam niat,azam dan tekad yang baru untuk sentiasa istiqamah dalam melaksanakan 'amal islami.

Tidak lupa juga kita mendoakan semoga perjuangan saudara-saudara kita di Palestin mendapat pertolongan dan redha ALlah dalam menghadapi kekejaman Yahudi laknatullah.

ALlah S.W.T telah berfirman dalam surah az-Zalzalah [kegoncangan] pada ayat 7 dan 8 yang bermaksud:"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun,nescaya dia akan melihar [balasan] Nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun,nescaya dia akan melihat [balasan] Nya".

ALhamdulillah setelah albayan memasuki keluaran yang ketiga pada bulan ini,ia mendapat sambutan yang menggalakan.Sidang editor mengucapkan ribuan terima kasih.Disamping memberi input-input yang baik kepada para pembaca,albayan juga mengharapkan risalah kecil ini sebagai risalah menyampaikan dakwah sebagaimana Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:"Sampaikan dariku walaupun satu ayat".

Albayan pada keluaran kali ini,menambah satu lagi ruangan untuk para pembaca,ruangan itu ialah sudut bahasa.Dalam ruangan sudut bahasa ini terbahagi kepada bahasa Arab,bahasa Urdu dan bahasa Inggeris.

Harapan kita semoga albayan akan terus dapat ditatap oleh sidang pembaca dengan niat menyampaikan bahan-bahan yang berfaedah berdasarkan perjuangan Nabi dan Rasul serta para salafussoleh.

Mudah-mudahan dengan usaha kita yang sedikit ini mendapat keredhaan dan natijah yang baik dari ALlah.

Wassalam.

No comments: