Sunday, February 8, 2009

Tokoh

Oleh:Ust.Amir an-nadwi

Syed Abul Hasan Ali Hasani an-nadwi mendapat bimbingan terus dari gurunya Syeikh Muhammad Ilyas untuk berhadapan lansung dengan penduduk desa dan kota,dengan masyarakat dari pelbagai lapisan denga memberi ceramah kepada mereka.

Sebelum ini beliau tidak pernah berhadapan secara lansung dengan masyarakat memandangkan tugas beliau sebagai pengajar dan penulis.

Syed Abul Hasan Ali Hasani an-nadwi kemudiannya dilantik sebagai pensyarah bahagian tafsir dan satera Arab di Ma'ahad Darul Ulum Nadwatul Ulama' selama beberapa tahun.Semasa di Ma'ahad beliau memimpin majalah ilmiah 'An-Nadwah'yang diterbitkan di dalam bahasa Urdu sebagai lidah rasmi Ma'ahad Darul Ulum.

Di dalam masa yang sama beliau mendapat tugas dari Universiti Islam Aligarh untuk menyusun kurikulum pelajaran agama bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda.Dalam usaha kearah ini beliau telah mengarang sebuah kitab yang bertajuk'Islamiyaat' yang diiktiraf oleh pihak universiti.

Akhirnya beliau dilantik untuk melaksanakan rencana dan kurikulum di Universiti Islam Aligarh.Setelah itu beliau diminta memberi kuliah dan ceramah di Universiti Islam Milliyah di Delhi,ceramah dan kuliah Syed Abul Hasan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Dalam masa yang sama beliau banyak mengarang kitab-kitab bahasa Arab untuk sukatan pelajaran dibeberapa buah pusat pengajian Islam.Kitabnya yang bejudul 'Mukhtaraat Fil Adabil A'rabi'[sastera Arab pilihan] menjadi salah satu buku teks dan rujukan di Narul Ulum Nadwatul Ulama' dan di Universiti Ilahabad.Antara lain,kitab-kitab beliau yang menjadi sukatan pelajaran di dalam dan luar negara ialah kitab 'Qishosun Nbiyyin'[Kisah Nabi-nabi] yang telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris dan dicetak di United Kingdom dan kitab 'Qiraatur Rasyidah'.Kedua-dua kitab ini dukarang didalam bahasa Arab.

Di Kota Lucknow, Utara India,Syed Abul Hasan menubuhkan 'Islamic Research and Publication' pada tahun 1378 Hijrah.Kegiatan beliau yang paling menonjol adalah bergiat didalam pergerakan da'wah Islam di India.Beliau pernah mengembara ke kebanyakkan tempat di negara-negara Islam,Eropah dan Amarika.Disamping ziarah itu beliau memberi kuliah di beberapa Universiti di Britian,Jerman dan negara-negara Arab.

Beliau juga adalah profesor Pelawat di Universiti Damsyik dan Universiti Madinah.Karya-karyanya digunakan sebagai untuk memberi kursus di beberapa buah Universiti.
[bersambung dibulan hadapan.

No comments: