Oleh:Ust.Amir an-nadwi
Dari Ibnu 'Abbas r.a berkata,sabda Rasulullah S.A.W "Dua niqmat yang kebanyakkan manusia tertipu[rugi]olehnya,iaitu sihat dan istirehat[lapang]".
[Hadis riwayat Bukhari]
Rasulullah S.A.W menyatakan kepada kita bahawa kita sebagai makhluk dan hamba ALlah yang memiliki kelemahan-kelemahan yang tidak dapat dinafikan lagi, diantara kelemahan-kelemahan itu ialah niqmat yang diberikan oleh ALlah dengan kesihatan yang baik tetapi tidak menggunakannyadengan 'amal perbuatan yang berfaedah dan berguna.Kita banyak menghabiskan masa sihat kita dengan melakukan perkara-perkara yang tidak menguntungkan untuk hari akhirat nanti.
Begitu juga dengan niqmat yang diberikan oleh ALlah kepada kita iaitu masa lapang atau masa istirehat kota.Apabila diberikan oleh ALlah kelapangan kepada kita,banyak diantara kita tidak tahu bagaimana untuk mengisi masa-masa senggang yang berbaki itu,maka berlakulah berberapa perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam sekiranya ia diisi dengan perkara-perkara yang lagha.
Oleh yang demikian itu,Rasulullah S.A.W menekankan bahawa sesiapa diantara kita tidak mempergunakan masa-masa tersebut dengan sebaik-baiknya,maka sesungguhnya kita berada di dalam kerugian yang amat sangat.
No comments:
Post a Comment