Thursday, February 12, 2009

Tafsir al-Qur’an.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

‘A’uzubillahiminassyaithanirrajim’

Kita diperintahkan untuk memulakan bacaan al-Qur’an dengan Ta’awwudz berdasarkan ayat 98 surah an-Nahal yang bermaksud ‘Bila engkau membaca al-Qur’an,berlindunglah dengan ALlah dari syaitan yang terkutuk’.

Disini kita dapat beberapa peringatan yang sangat penting,diantaranya ialah:

1.Kita hendaklah meminta perlindungan kepada ALlah S.W.T diatas semua hal khasnya berhubung mengenai syaitan.

2.ALlah bukan sahaja mencipta segalanya,tetapi juga melindungi segala sesuatu.

3.Syaitan adalah makhluq yang telah dikutuk oleh ALlah dan adalah musuh manusia.

Alat pelindung bagi manusia dari syaitan adalah:

Iman – Ialah iman yang kukuh dan keyakinan yang seteguhnya kepada ALlah serta kesedaran yang sempurna terhadap kekuasan ALlah dan pengetahuan yang mantap tentang sifat ALlah.Bukan iman yang disebut-sebut begitu sahaja.

Isti’adzah – Dengan perasaan batin yang tersangat berkehendak akan perlindungan dari ALlah.Dibaca ucapan tertentu yang diajar oleh nabi S.A.W iaitu ‘a’uzubillahiminassyaithonirrajim’


Zikir – Menyebut mengingati dan menyedari akan ALlah selama mana kita didalam suasana begini selagi itulah kita terhindar dari syaitan.

Oleh itu kita harus sentiasa berada didalam suasana perlindungan dari syaitan samaada suasana usaha memperkasakan iman melalui dakwah kepada sifat-sifat ALlah atau suasana isti’adzah atau suasana zikir.

Ada beberapa pendapat ulama tentang bacaan ta’awwudz.

1.Mereka berpendapat wajib membacanya,tetapi sebahagian besar berpendapat hukumnya sunat.

2.Ada ulama berpendapat ia dibaca sebelum membaca al-Qur’an dan ada yang berpendapat harus dibaca sebelum dan selepas membaca al-Qur’an.

3.Tetapi pendapat yang paling banyak sekali mengatakan ia dibaca sebelum membaca al-Qur’an.

Menurut sebahagian besar ulama membaca ta’awwudz hukumnya mustahab[sunat],tidaklah berdosa kalau meninggalkannya.
Berkata Ar-Razy hanya Atha bin Abu Rabah yang mewajibkan Isti’adzah dibaca didalam solat atau sebelum membaca al-Qur’an.Menurut Ibnu Sirin bila seseorang berta’awwudz sekali sahaja didalam seumur hudupnya sudah memadai.

Imam Malik r.a tidak berta’awwudz didalam solat wajib,beliau hanya membacanya didalam solat malam Ramadhan,itupun dimalam pertama sahaja.

Menurut Imam Shafei r.a didalam kitabnya al-Imla’,berta’awwudz didalam solat harus dengan suara nyaring tetapi jika suara sir[tidak nyaring] dikira sah.Berhujjah Imam Shafei r.a bahawa Ibnu Umar r.a selalu membacanya dengan suara nyaring, Wallahu’aqlam.
[bersambung pada bulan hadapan]

No comments: