Oleh:Ust.Amir an-nadwi
Mendengar berita ini,Khadijah berfikir sejenak,Sebagai seorang isteri yang mencintai suaminya sepenuh hati,dia merasa bahawa perasaan cemas yang menyelubungi hati suaminya harus dihilangkan segera agar jiwanya kembali tenang seperti sediakala.
Dengan suara lembut,Siti Khadijah mengatakan kepada suaminya supaya tidak perlu cemas dan takut,kerana peristiwa ini dianggapnya bukanlah satu perkara yang merbahaya atau sesuatu perkara yang membawa kepada kecelakaan.Siti Khadijah mengingatkan Nabi S.A.W bahawa Tuhan akan tetap memelihara dan melindungi Nabi S.A.W ,kerana nabi S.A.W suka berbuat baik,menegakkan keadilan dan kebenaran,membela orang yang terainanya dan menolong orang yang didalam kesengsaraan.
Rupanya,ucapan Siti Khadijah itu dapat mententeramkan perasaan Nabi S.A.W.Kemudian Siti Khadijah mengajak Nabi S.A.W menemui anak bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Nufail,seorang yang lanjut usia dan menganut agama Nasrani yang pernah menyalin sebahagian dari kitab Injil kedalam bahasa Arab.
Kepada Waraqah Siti Khadijah menceritakan bahawa suaminya Muhammad S.A.W telah mengalami suatu peristiwa yang belum pernah dialaminya selama ini.Seterusnya Siti Khadijah meminta Nabi S.A.W menceritakan kejadian itu kepada Waraqah.Setelah Nabi S.A.W menceritakan segalanya maka Waraqah menerangkan “Yang datang itu adalah Namus[malaikat Jibril] yang pernah menurunkan wahyu dari Tuhan kepada Nabi Musa A.S”.
Seterusnya Waraqah berkata “Wahai,hendaknya saya masih kuat ketika engkau diusir oleh kaum engkau,sehingga saya dapat menolong”.Dengan penuh keberanian Nabi S.A.W bertanya “Apakah aku akan diusir oleh kaumku ?”.Jawab Waraqah dengan tegas “Itu akan terjadi dan pernah terjadi kepada Nabi-nabi yang terdahulu”.Dengan keterangan Waraqah ini,keduanya kini mengetahui bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah dipilih oleh Tuhan menjadi seorang Rasul,menerima wahyu dari ALlah dengan perantaraan malaikat Jibril a.s.Tugasnya mengembangkan agama Tuhan kepada umat manusia.
Sesudah turun wahyu yang pertama yang terdiri dari lima ayat itu,selama lebih kurang dua tahun wahyu terhenti dan malaikat Jibril tidak pernah datang lagi untuk menyampaikan wahyu dari ALlah.
Hal ini sangat meresahkan Nabi S.A.W yang selalu ternanti-nanti bilakah wahyu dari ALlah akan turun lagi.Nabi S.A.W sangat memginginkan untuk menerima sambungan wahyu berikutnya.
Dalam keadaan sedemikian,suatu hari ketika Nabi S.A.W tengah berjalan didengarnya satu suara,lalu Nabi S.A.W mengadah ke atas ke arah suara itu.Terlihat olehnya malaikat Jibril yang pernah mendatanginya di gua Hira’ yang kini berada di antara langit dan bumi.Nabi S.A.W segera pulang dengan rasa penuh ketakutan .
Setibanya di rumah beliau berseru kepada Siti Khadijah “Zammiluni,zammiluni”[selimuti aku,selimuti aku].Dalam keadaan selimut itu,Jibril a.s mewahyukan kepada Nabi S.A.W ke dalam hatinya surah al-muddatsir :ayat 1-6 yang bermaksud :
“Hai orang yang berselimut,bangunlah dan berikanlah peringatan,besarkanlah Tuhanmu,bersihkanlah pakaianmu,jauhi hal yang kotor[berhala],dan janganlah memberi,kerana hendak memperoleh lebih banyak”.
[bersambung pada bulan hadapan]
No comments:
Post a Comment